Webinar Nadi X Wellbeing – Kontraseptif Lelaki (Antara Ilmu, Ego & Kesedaran)

21 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Jun 2025, telah berlangsung Webinar Nadi X Wellbeing – Kontraseptif Lelaki (Antara Ilmu, Ego & Kesedaran) secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 10:30 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.

Tujuan webinar ‘Kontraseptif Lelaki (Antara Ilmu, Ego & Kesedaran) ini adalah untuk menekankan kepentingan pendidikan kesihatan reproduktif kepada kaum lelaki, khususnya dalam memahami peranan mereka dalam perancangan keluarga. Penceramah menjelaskan pelbagai kaedah kontraseptif yang sesuai untuk lelaki seperti kondom dan vasektomi, serta menekankan aspek tanggungjawab bersama antara suami dan isteri. Perbincangan turut menyentuh halangan utama dalam kalangan lelaki
iaitu kekurangan ilmu, sikap ego, dan kurangnya kesedaran terhadap tanggungjawab mereka dalam menjaga kesihatan seksual dan keluarga.

Webinar ini banyak memberi maklumat dan meningkatkan kefahaman, menyuntikan kesedaran dan mendorong perbincangan sihat tentang topik yang selama ini jarang dibincangkan secara terbuka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali